
JOHOR BAHRU, 23 Julai – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Johor Bahru, atas pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM2,300 kepada anggota polis di Segamat pada September tahun lalu.
- Tertuduh didakwa memberi rasuah bagi mengelakkan tindakan atas kesalahan memiliki air ketum.
- Kesalahan didakwa berlaku di Jalan Pasar Labis pada pukul 9.15 malam.
- Kes disebut semula pada 3 September; pendakwaan mengikut Akta SPRM 2009; pendakwa Alice Voon, peguam bela K. Bharathi.
Tertuduh, Shah Rizan Shamsudin, 38 tahun, membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Nor Aziati Jaafar.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memberi rasuah, sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan atas kesalahan memiliki air ketum.
Kesalahan dilakukan di Jalan Pasar Labis, Segamat, pukul 9.15 malam.
Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 3 September ini.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Alice Voon mengikut akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Manakala Shah Rizan, diwaliki peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Bharathi.