
ALOR SETAR, 6 Oktober – Tiga individu termasuk pegawai kanan sebuah agensi kerajaan, seorang penjawat awam dan pemilik syarikat direman lima hari kerana disyaki terlibat rasuah kira-kira RM155,000.
- Rasuah dipercayai sebagai balasan untuk meluluskan sebut harga pembekalan baju sukan.
- Siasatan awal mendapati suspek disyaki bersubahat antara 2024 dan 2025; dua penjawat awam terima wang tunai dan pindahan bank.
- Perintah reman hingga 10 Oktober dikeluarkan Mahkamah Majistret setelah permohonan SPRM; kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Rasuah itu dipercayai sebagai balasan untuk meluluskan sebut harga pembekalan baju sukan.
Perintah reman sehingga 10 Oktober ini dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.
Suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 40-an dan 50-an. Mereka ditahan antara kira-kira 5 petang hingga 9 malam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kedah.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara 2024 hingga 2025.
Dua suspek yang merupakan penjawat awam dipercayai menerima wang rasuah secara tunai serta melalui transaksi pindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan berkenaan ketika dihubungi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.