Barangan tiruan bernilai RM600,000 disita, empat individu ditahan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Jun– Pelbagai barangan berjenama yang disyaki tiruan bernilai kira-kira RM600,000 disita menerusi serbuan di tiga premis sekitar Johor Bahru, Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat individu warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan pengedaran barangan tiruan.
  • Operasi dijalankan hasil risikan sebulan terhadap peniaga dipercayai menjual dan mengedar barangan berjenama tanpa kebenaran.
  • Pelbagai barangan dan dokumen perniagaan disita, termasuk pakaian, beg tangan, dompet, tali pinggang, minyak wangi; disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, empat individu warga tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kesemua mereka dipercayai terlibat dalam pengurusan operasi perniagaan berkenaan.

Datuk Azman memaklumkan, operasi itu dijalankan hasil risikan selama sebulan terhadap peniaga yang dipercayai menjual serta mengedar barangan tiruan kepada peniaga lain.

“Pemeriksaan mendapati premis terbabit menawarkan pelbagai jenis barangan yang memaparkan cap dagangan beberapa jenama terkenal tanpa kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar.

Pengesahan awal oleh wakil pengadu mendapati terdapat alasan munasabah untuk mempercayai kesalahan bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara barangan yang disita termasuk pakaian, beg tangan, dompet, tali pinggang, minyak wangi serta dokumen perniagaan berkaitan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.