
LABUAN, 13 Mei – Sebanyak 22 rumah di Taman Perumahan MPL Batu Arang di sini rosak teruk dibadai puting beliung, malam tadi.
- Seorang mangsa cedera dan kini dirawat di Hospital Labuan.
- Puting beliung menyebabkan kerosakan besar, banyak pokok tumbang dan beberapa kenderaan rosak.
- Pusat Penempatan Sementara dibuka, agensi JPBD digerakkan dan bantuan tunai kecemasan RM1,000 diberikan setiap ketua isi rumah.
Dalam kejadian tersebut, seorang mangsa dilaporkan cedera dan kini dirawat di Hospital Labuan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 10.12 malam.
Menurut beliau, kejadian berlaku dalam tempoh singkat namun menyebabkan kerosakan besar kepada rumah penduduk.
Puting beliung juga menyebabkan banyak pokok tumbang dan merosakkan beberapa kenderaan,
Katanya, sebuah Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Balai Bomba dan Penyelamat Rancha-Rancha dibuka bagi menempatkan mangsa terlibat.
Beberapa agensi di bawah JPBD Labuan turut digerakkan bagi menyelaras bantuan dan tindakan segera kepada mangsa.
Rithuan berkata, bantuan kecemasan tunai sebanyak RM1,000 diberikan kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas.
Katanya, jumlah bantuan itu dijangka ditambah mengikut tahap kerosakan yang dialami setiap rumah.