
MUAR, 26 Julai – 180 saman dikeluarkan dalam Op Motosikal yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di beberapa lokasi sekitar daerah itu.
RINGKASAN BERITA AI
- 46 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Operasi dijalankan di Jalan Pintasan Parit Buaya, Jalan Pintasan Utama dan Jalan Pintasan Salleh.
- Tumpuan operasi: menunggang tanpa lesen, penunggang bawah umur, pengubahsuaian ekzos, cukai jalan tamat tempoh dan tiada insurans.
- Sebanyak 186 kenderaan (181 motosikal, 5 motokar) dan 189 individu diperiksa sepanjang operasi.
Turut disita, 46 kenderaan atas pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Operasi dijalankan di Jalan Pintasan Parit Buaya, Jalan Pintasan Utama dan Jalan Pintasan Salleh.
Ia memberi tumpuan kepada kesalahan termasuk menunggang tanpa lesen, penunggang bawah umur, pengubahsuaian ekzos, cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan tanpa perlindungan insurans.
Sepanjang operasi, sebanyak 186 kenderaan membabitkan 181 motosikal dan lima motokar serta 189 individu diperiksa.