127 PATI didenda hingga RM10,000, mengaku bersalah kesalahan imigresen

Antara PATI yang didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas / Foto RTM

PASIR MAS, 23 Ogos – Seramai 127 pendatang asing tanpa izin (PATI) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan memasuki negara ini secara haram, tinggal lebih tempoh masa ditetapkan dan menyalahgunakan pas imigresen.

RINGKASAN BERITA AI
  • 11 didakwa bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara secara haram.
  • 16 dituduh mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh ditetapkan.
  • 100 didakwa mengikut Peraturan 39(b) kerana menyalahguna pas; denda RM1,000 hingga RM10,000 atau penjara satu hari hingga tiga bulan jika tidak bayar.

Mengikut pertuduhan, seramai 11 PATI didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia secara haram.

Manakala, seramai 16 PATI dituduh mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih tempoh masa ditetapkan.

Selain itu, seramai 100 PATI lagi didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas atau permit imigresen.

Kesemua PATI terdiri daripada 68 warga Bangladesh, 19 Indonesia, tiga Nepal, enam Myanmar dan empat Pakistan.

Hakim Hakim Zulkpli Abdullah kemudian menjatuhkan hukuman denda antara RM1,000 hingga RM10,000 terhadap kesemua tertuduh.

Kesemua PATI perlu melunaskan denda terbabit sekiranya gagal, mereka akan dipenjara antara satu hari hingga tiga bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khaidijah Khairuddin manakala, PATI tidak diwakili peguam.

Pada 10 Ogos lalu, kesemua PATI ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan di tapak projek perumahan PR1MA di Sering, Kota Bharu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.