Tiga termasuk seorang warga Singapura didenda RM3,500 kerana berlumba

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 3 November – Tiga lelaki termasuk seorang warga Singapura masing-masing didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berlumba dan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Linkedua, bulan lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.
  • Muhammad Daniel (24) dan Gonzales Mckhovic (18) didakwa berlumba motosikal di Kilometer 7.8 hingga 18.2 pada 18 Oktober, kira-kira 2.10 pagi.
  • Warga Singapura Syajahan Alfian Abdullah (19) didakwa menunggang laju dan melakukan aksi menduga kelajuan di Kilometer 12.5 arah selatan pada tarikh sama.
  • Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik Johor Bahru, Inspektor S. Vikineswary.

Ketiga-tiga tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Dua tertuduh, Muhammad Daniel Hakim Mohamad Rashid, 24, dan Gonzales Mckhovic Anak George, 18, didakwa berlumba motosikal di Kilometer 7.8 hingga Kilometer 18.2 Lebuhraya Linkedua arah utara, kira-kira pukul 2.10 pagi, 18 Oktober lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 42A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2026).

Sementara itu, warga Singapura, Syajahan Alfian Abdullah, 19, didakwa menunggang motosikal pada kelajuan tinggi selain melakukan aksi menduga kelajuan di Kilometer 12.5 Lebuhraya Linkedua arah selatan, pada tarikh dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42A(2) akta berkenaan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Mahkamah Trafik Johor Bahru, Inspektor S. Vikineswary.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.