fb fb fb fb fb

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart mengaku tidak bersalah

FOTO FAIL

SHAH ALAM, 26 Mac - Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri Datuk Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran tujuan jualan.

Kedua-duanya membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada pukul 6.30 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beberapa individu lain daripada syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd iaitu Soh Chin Huat, Soh Hui San, dan Goh Li Huay turut didakwa bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana telah bersubahat sebagai pembekal stoking bercetak kalimah Allah kepada Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd.

KK Mart tular baru-baru ini susulan beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di salah sebuah rangkaian kedai serbaneka tersebut.

Pihak Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd turut membuat permohonan maaf menerusi sidang media, disertai pengurusan tertinggi syarikat pembekal dan pemilik Xin Jian Chang dengan menyatakan stoking itu diimport dari China.

TETITIA YUSOFF