fb fb fb fb fb

Penemuan mayat dengan kesan tetakan, lima warga tempatan ditahan

Lima lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki, di Taman Rinting, Masai, Johor Bahru pada Sabtu

JOHOR BAHRU, 17 Mac - Lima lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki, di Taman Rinting, Masai, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata mayat lelaki berusia 61 tahun itu ditemukan kira-kira 10.50 pagi dengan kesan luka tetakan di beberapa bahagian badan.

"Kesemua suspek berumur antara 35 hingga 48 tahun ditahan di lokasi berasingan sekitar Johor Bahru. Kesemua yang ditahan, dipercayai rakan mangsa, selain mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, permohonan reman dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan," katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN