JOHOR BAHRU, 27 Mac-Sembilan lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kes tembak mati seorang lelaki di sebuah restoran di Taman Setia indah, Januari lalu berjaya ditahan polis.
Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata kesemua suspek ditahan dalam serbuan di sekitar Johor Bahru pada 8 Mac dan 17 Mac lepas.
Dalam serbuan itu, seorang suspek berusia 64 tahun turut maut ditembak polis pada operasi pertama 8 Mac lepas.
Kumar turut menjelaskan siasatan awal mendapati kes tembak Januari lalu, berpunca daripada kegiatan kongsi gelap dan dendam.
Tambahnya, polis turut merampas dua pucuk pistol, peluru, dadah dan pistol angin.
Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan dan 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta mengikut seksyen 8 Akta Senjata Api, seksyen 8(a) sert seksyen 36 Akta Senjata 1960.