Gabenor Bank Indonesia letak jawatan mengejut

Foto Reuters

JAKARTA, 27 Julai – Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo, meletakkan jawatan secara mengejut pada Isnin, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur terhadap kebebasan bank pusat serta pengurusan fiskal negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Prabowo menerima peletakan jawatan gabenor, menurut Menteri Sekretariat Negara.
  • Destry Damayanti dilantik sebagai Gabenor Bank Indonesia interim menggantikan kekosongan jawatan.
  • Pengumuman itu mencetuskan tindak balas pasaran; rupiah susut dan indeks saham awalnya merosot sebelum pulih.
  • Penganalisis bimbang perkembangan boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan hala tuju dasar monetari negara.

Presiden Prabowo Subianto telah menerima peletakan jawatan tersebut, menurut Menteri Sekretariat Negara, Prasetyo Hadi dalam sidang media awal pagi, sebelum pembukaan pasaran kewangan di Jakarta.

Bagi mengisi kekosongan itu, Timbalan Gabenor Kanan Bank Indonesia, Destry Damayanti, dilantik sebagai gabenor interim.

Susulan pengumuman berkenaan, mata wang rupiah dilaporkan menyusut sehingga 0.14 peratus kepada 17,960 berbanding dolar Amerika Syarikat dalam dagangan awal. Indeks saham utama turut merosot sehingga 0.68 peratus sebelum kembali pulih dan meningkat 0.26 peratus.

Warjiyo mula dilantik sebagai Gabenor Bank Indonesia pada 2018 dan disambung untuk penggal kedua selama lima tahun pada 2023.

Sejak kebelakangan ini, Bank Indonesia berdepan tekanan untuk menyokong agenda pertumbuhan besar yang diperkenalkan kerajaan pimpinan Prabowo.

Dalam masa sama, rupiah turut mencatat paras terendah dalam sejarah pada Jun lalu susulan ketidaktentuan pasaran global serta kebimbangan terhadap dasar fiskal dan kebebasan institusi kewangan negara itu.

Penganalisis berpendapat perkembangan ini berpotensi memberi kesan kepada keyakinan pelabur, khususnya dalam menilai hala tuju dasar monetari Indonesia pada masa akan datang.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.