Kaitkan institusi diraja dan parti politik perbuatan biadab – Aminuddin

Datuk Seri Aminuddin Harun (kiri) /Foto FB Anwar Ibrahim

PORT DICKSON, 27 Julai – Sebarang kenyataan yang mengaitkan institusi diraja dengan mana-mana parti politik disifatkan perbuatan biadab.

RINGKASAN BERITA AI
  • Institusi diraja dihormati semua kaum; maruah dan integriti perlu dipelihara.
  • Kenyataan mengaitkan institusi diraja dengan parti politik beri gambaran salah, boleh timbulkan persepsi tidak tepat terhadap kaum.
  • Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebarkan kenyataan berkenaan.
  • Naratif perkauman semasa PRN semakin sukar diterima; hanya segelintir masih guna sentimen perkauman sebagai modal politik.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan institusi diraja dihormati seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan keturunan serta perlu dipelihara maruah serta integritinya.

“Kenyataan yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu sebagai biadab kerana memberi gambaran seolah-olah institusi diraja boleh dikaitkan dengan pihak tertentu.

Malah, tindakan sedemikian juga boleh menimbulkan persepsi tidak tepat terhadap sesuatu kaum berhubung penghormatan mereka kepada institusi diraja,” ujarnya.

Justeru, beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan segera terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“Sedangkan kita semua maklum bahawa institusi ini adalah satu institusi yang cukup dijaga. Saya rasa bukan sahaja orang Melayu menghormati institusi ini, malah rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama ataupun keturunan, mereka sentiasa menganggap bahawa institusi diraja harus dipertahankan.

Oleh yang demikian, kenyataan yang dikeluarkan, menyentuh institusi diraja dianggap satu kenyataan yang biadab dan tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Aminuddin menambah, naratif perkauman yang dimainkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak lagi mudah diterima masyarakat kerana mereka semakin matang dalam menilai isu dan keperluan sebenar.

“Hanya segelintir pihak masih menjadikan sentimen perkauman sebagai modal politik untuk meraih sokongan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan di sini pada Isnin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.