fb fb fb fb fb

Identiti mayat reput dalam longkang belum dikenal pasti- Polis

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah / Foto RTM

KUCHING, 16 Disember-Identiti mayat yang ditemukan dekat Jalan Setia Raja, di sini pada Sabtu lepas masih belum dikenal pasti.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, perkara tersebut hanya dapat disahkan hanya selepas pihak forensik Hospital Umum Sarawak menjalankan bedah siasat ke atas mayat terbabit.

Jelasnya, sehingga saat ini, penemuan mayat terbabit masih belum dapat dikaitkan dengan kehilangan kehilangan seorang wanita berumur 26 tahun sejak 10 hari lepas.

Farhan yang dihubungi RTM mengesahkan perkembangan terbaru itu di Kuching.

Terdahulu, Sabtu lepas, satu mayat dijumpai dalam longkang dekat Jalan Setia Raja, di sini dalam keadaan mereput.

Susulan itu, seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun telah diberkas dan direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Farhan menasihatkan orang ramai untuk menghentikan sebarang spekulasi mengenai kes terbabit kerana ia masih lagi dalam siasatan polis.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD