KUALA LUMPUR, 15 November- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menayangkan siri animasi popular, “Cells at Work” pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 11.30 malam mulai 14 November 2024 di saluran Okey dan penstriman langsung RTMKlik.
Animasi tersebut menceritakan kehidupan yang berlaku di dalam badan manusia di mana trilion sel antropomorfik melakukan tugas masing-masing untuk menjaga badan tetap sihat.
Ia berkongsi pengajaran kehidupan di setiap cerita, plot yang tidak dijangka, banyak aksi pertarungan, perubahan emosi, babak melucukan, ikatan persahabatan, dan lagu tema yang mudah diingat.
Setiap episod dikongsikan tentang sel-sel dalam tubuh manusia yang memiliki kehidupan seperti manusia biasa. Pendek kata, ia adalah sebuah antropomorfis untuk sel darah merah (eritrosit), sel darah putih (leukosit), keping darah (trombosit) dan lain-lain.
Sebagian besar cerita memfokuskan kepada dua sel iaitu Sel Darah Merah, dan Sel Darah Putih yang bertarung melawan semua kuman penyakit yang menyerang tubuh manusia. AE3803 digambarkan sebagai gadis cantik berambut pendek yang semua baju serta aksesorinya berwarna merah. Dia merupakan sel darah merah pemula atau junior yang tugasnya membawa oksigen, nutrisi, serta karbondioksida.
Sebagai pemula, AE3803 sering tersesat dalam melakukan tugas pengantarannya. Seperti diketahui, dalam animasi ini dikisahkan tubuh manusia atau tempat mereka tinggal merupakan bandar yang sangat besar.
AE3803 kerap bertemu dengan virus atau patogen jahat yang akan menjangki manusia dengan penyakit. Mujur U-1146 selalu ada Ketika AE3803 berada dalam bahaya dan menyelamatkannya. Hinggalah muncul bibit-bibit suka antara keduanya. Lalu apakah pengakhirannya?
Watak Red Blood Cell menggunakan suara Kana Hanazawa, White Blood Cell (Tomoaki Maeno), Killer T Cell (Daisuke Ono), Macrophage (Kikuko Inoue), Platelet (Maria Naganawa) dan Cancer Cell (Akira Ishida).