fb fb fb fb fb

Roxy Ixzy juara minggu pertama Bintang RTM 2024

Peserta Bintang RTM 2024, Roxy Ixzy

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Peringkat Suku Akhir Pertama Bintang RTM 2024 yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media, Sabtu lalu menyaksikan peserta berasal dari Kuching, Sarawak Roziena Ixzy, 26, berjaya menambat hati juri dengan persembahan lagu ‘Fallin’ sekali gus muncul sebagai peserta terbaik bagi minggu pertama konsert.

Menduduki takhta teratas carta peserta, Roziena Ixzy atau dikenali sebagai Roxy Ixzy memperoleh markah sebanyak 86.3%.

Sementara itu, Hady Huv yang menyampaikan lagu ‘Terlalu Istimewa’ berada di kedudukan terbawah selepas sekadar mendapat 60.3%.

Persembahan 12 peserta lagi tidak kurang menghiburkan dan mendapat pujian barisan juri tetap terdiri daripada LY, Datuk Syafinaz Selamat, dan Raja Sham.

Manakala Ernie Zakri juara Bintang RTM 2009 pula diundang selaku juri jemputan.

Berikut adalah kedudukan peserta berdasarkan markah-markah keseluruhan konsert minggu pertama daripada juri profesional.

Kesemua peserta telah dinilai sepenuhnya melalui sistem permarkahan 100% oleh pihak juri.

 

1.Roziena Ixzy (Roxy Ixzy) - Fallin (86.3%)
2.Feka – Kata (80.7%)
3.Akmar Natasha - Jagalah Diri (78.7%)
4.Scha Nuril - When We Were Young (78.7%)
5.Jon – Biar Saja (78.7%)
6.Shah Rezza - Kepada Hati (78%)
7.Dhania – Drama (77%)
8.Zizi Safira – Purnama Merindu (75.3%)
9.Harris – Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (75%)
10.Azumi – Sumpah (74.7%)
11.Joy - Diari Hatimu (72.7%)
12.Eylia Guntabid - It’s All Coming Back To Me Now (72.7%)
13.Noy – Seksis (67.3%)
14.Hady Huv – Terlalu Istimewa (60.3%)

Menampilkan Awal Ashaari sebagai hos, Bintang RTM 2024 disiarkan setiap Sabtu, pukul 9.00 malam dan disiarkan secara langsung melalui TV2.

Siaran langsung juga boleh diikuti secara dalam talian melalui RTMKlik (www.rtmklik.rtm.gov.my) dan radio rasmi BRTM 2024 adalah NASIONALfm.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE