BN kekal bersama Kerajaan Perpaduan, tiada usaha jatuhkan pentadbiran

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media selepas Mesyuarat MEXCLUB ke-6. / Foto BERNAMA

BALIK PULAU, 23 Julai – Barisan Nasional (BN) menegaskan pendiriannya untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga berakhir penggal Parlimen ke-15, tanpa sebarang usaha menjatuhkan pentadbiran sedia ada.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendirian BN kekal sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan selaras titah Yang di-Pertuan Agong.
  • BN memberi tumpuan memastikan kestabilan politik negara dan mengekalkan komitmen bersama dalam kerajaan.
  • Menafikan sebarang langkah Bangkok atau langkah Dubai.
  • Kenyataan disampaikan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MEXCLUB ke-61.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN berkata, pendirian itu kekal sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, tumpuan BN ketika ini adalah untuk memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara serta mengekalkan komitmen bersama dalam kerajaan.

“Tidak ada langkah Bangkok atau langkah Dubai. Apabila kami komited untuk berada dalam Kerajaan Perpaduan atas titah Yang di-Pertuan Agong, kami komited sehingga akhir penggal Parlimen ke-15. Noktah,” katanya.

Beliau menyatakannya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) ke-61 di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.