fb fb fb fb fb

PSNS anjur edisi sulung Kejohanan Skuasy Piala Presiden

SEREMBAN, 27 Februari- Persatuan Skuasy Negeri Sembilan (PSNS) buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Skuasy Piala Presiden yang diadakan di Royal Seri Menanti Golf & Country Club.

Presiden PSNS, Tunku Zain Al'abidin Tuanku Muhriz berkata, kejohanan itu bertujuan untuk mengangkat prestasi skuasy ke peringkat negeri sekaligus memberi peluang kepada para pemain untuk mengumpul mata kemenangan bagi meningkatkan ranking dunia mereka.

Susulan Pandemik COVID-19, penyertaan dihadkan kepada pemain dalam negara sahaja dengan 48 orang peserta.

"Kita ada 48 pemain semua dari Malaysia kecuali satu, tapi sangat penting untuk pemain sebab kejohanan ini mengumpul mata ranking dunia," kata Tunku Zain Al'abidin.

Tunku Zain Al'abidin ditemui pada kejohanan Skuasy Piala Presiden di Seri Menanti.

Juara bagi pusingan lelaki kejohanan itu berjaya dirangkul oleh Darren Rahul dari Negeri Sembilan manakala bagi pusingan wanita, juara dimenangi oleh Chan Yiwen dari Kuala Lumpur.

Media Baharu