fb fb fb fb fb

Kejohanan badminton bertaraf semi-profesional berpotensi lahirkan lebih banyak pemain kebangsaan

PUCHONG, 1 Mac - Penganjuran kejohanan bertaraf semi-profesional wajar diperbanyak sebagai langkah pembangunan sukan badminton.

Ketua Pegawai Eksekutif House of Oxygen (HOO), Azri Hamzah berkata lebih ramai bakat buat pasukan kebangsaan dapat dicungkil menerusi kejohanan semi-profesional.

Kejohanan seumpama itu juga dapat mewujudkan persekitaran yang kompetitif dalam sukan badminton tempatan.

(Azri Hamzah ditemu bual selepas pertandingan badminton anjuran House of Oxygen)

Azri menambah, kejohanan semi-profesional seharusnya mudah dianjur memandangkan kini terdapat banyak Pusat Badminton ditubuhkan selain hadiah wang tunai bagi setiap kategori.

"Jadi kami di House of Oxygen sentiasa menyokong, sentiasa memberi sokongan yang padu kepada sukan badminton terutamanya di peringkat bawah sehingga peringkat atas. Jadi dengan adanya program berkenaan , kita mengharapkan sukan badminton di Malaysia ini akan lebih terus maju" kata Azri kepada wartawan, di sini.

"Ini adalah bagus untuk pemain-pemain amatur kerana mereka selalunya bermain antara mereka dan kejohanan tersebut mereka dapat sedikit bermain dengan pemain pemain baik lebih profesional dan memberikan impak yang baik yang positif kepada pemain-pemain amatur," kata bekas pemain kebangsaan, Ameer Amri Zainuddin.

Selain Ameer, pemain profesional yang turut bersaing dalan kejohanan itu ialah Razif Latif, Koo Kein Kiat dan ramai lagi.

 

Media Baharu