Suspek kes kemalangan maut empat sekeluarga direman semula untuk siasatan bunuh

Semalam, remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman untuk siasatan dibawah APJ 1987 tamat, sebelum ditahan semula pada hari sama bagi membantu siasatan kes bunuh. – Foto RTM

KLUANG, 5 Jun – Remaja lelaki berusia 19 tahun yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Renggam–Simpang Renggam pada 1 Jun lalu direman semula, kali ini bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Remaja 19 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 diteruskan berdasarkan rakaman video tular.
  • Kemalangan melibatkan dua kenderaan mengakibatkan empat sekeluarga maut, termasuk kanak-kanak perempuan 10 tahun.

Perintah reman empat hari hingga Isnin depan dikeluarkan Hakim Mujib Saroji di Mahkamah Sesyen Kluang di sini hari ini.

Sebelum ini, suspek direman dua hari bermula Selasa lalu sebelum tempoh reman disambung sehari lagi bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semalam, remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman untuk siasatan dibawah APJ 1987 tamat, sebelum ditahan semula pada hari sama bagi membantu siasatan kes bunuh.

Bagaimanapun, siasatan dibawah Seksyen 42(1) APJ 1987 masih diteruskan berdasarkan rakaman video tular.

Ketika kejadian, remaja itu disyaki memandu secara melulu dan berbahaya bersama sebuah lagi kenderaan yang dipandu abangnya berusia 22 tahun.

Ia mengakibatkan empat sekelurga terbunuh termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang meninggal dunia di lokasi kejadian.

Abang mangsa turut dilapor maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.