Peniaga maut dirempuh

Foto RTM

KUANTAN, 5 Jun – Seorang peniaga maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Kuantan – Kemaman, berhampiran Masjid Tengku Panglima Perang, Sungai Karang di sini pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak polis menerima laporan kejadian pada pukul 7.15 malam.
  • Motosikal keluar dari simpang kiri ke laluan utama, menyebabkan perlanggaran dan mangsa tercampak ke laluan bertentangan.
  • Mangsa disahkan meninggal di lokasi; kedua-dua pemandu kereta tidak cedera; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Mangsa,Rosdi Shamsuddin, 42 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tragis itu pada pukul 7.15 malam.

Siasatan awal pihak polis mendapati insiden berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu dari arah Bandar Kuantan sedang menuju ke Balok.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa secara tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri lalu memasuki laluan utama kereta terbabit menyebabkan perlanggaran tidak dapat dielakkan.

“Akibat daripada perlanggaran kuat tersebut, mangsa telah tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah hadapan”, katanya dalam kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, manakala kedua-dua pemandu kereta yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.