Dua maut, seorang cedera kemalangan di Perak

Foto JBPM Perak

GERIK, 18 November– Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori membawa muatan ayam di Jalan Raya Timur Barat, Gerik-Jeli, tengah malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa maut ialah lelaki 45 tahun dan wanita 36 tahun, menurut JBPM Perak.
  • Seorang wanita cedera dihantar ke hospital oleh pasukan KKM untuk rawatan lanjut.
  • Dua lelaki menaiki lori, pemandu dan kelindan, dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua mangsa yang maut masing-masing lelaki berusia 45 tahun dan wanita berusia 36 tahun.

“Seorang lagi wanita yang menaiki kereta berkenaan mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dua lelaki yang menaiki lori berkenaan, masing-masing pemandu dan kelindan, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.