KUCHING, 14 Disember- Empat wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak merangkul enam anugerah penyiaran dalam Anugerah Kewartawanan Kenyalang.
Kesemua mereka masing-masing merangkul tempat kedua, ketiga dan saguhati dalam kesemua kategori yang dipertandingkan.
Mohd Shadiqin Bahrin, Firdaus Arasy Idris dan Alhadi Shamsawi merangkul tempat kedua dalam tiga kategori Anugerah Penyiaran, termasuk Kesejahteraan Komuniti, Pembangunan Luar Bandar, Anugerah Kewartawanan Penyiaran dan Anugerah Kelestarian.
Sementara itu, Monica Gerry meraih tempat ketiga dalam Anugerah Kewartawanan Penyiaran, Alhadi Shamsawi dalam kategori Anugerah Perniagaan dan Ekonomi, manakala pemenang tunggal bagi kategori Kewartawanan Sukan Penyiaran ialah Mohd Shadiqin Bahrin.