Turkiye lanjut pembatalan penerbangan ke destinasi Asia Barat susulan konflik

Foto REUTERS

ISTANBUL,2 Mac -Turkiye pada Isnin mengumumkan lanjutan pembatalan penerbangan ke destinasi Asia Barat, menurut Menteri Pengangkutan, Abdulkadir Uraloglu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Turkiye melanjutkan pembatalan penerbangan ke Iran, Iraq, Syria, Lubnan dan Jordan sehingga 6 Mac kerana konflik di Iran.
  • Penerbangan ke Qatar, Kuwait, Bahrain dan UAE dibatalkan sehingga 3 Mac dengan kemungkinan sambungan berdasarkan penilaian risiko.
  • Penerbangan ke Riyadh, Jeddah dan Madina terus beroperasi pada Isnin walaupun pembatalan meluas.
  • Terdapat pesawat Turkish Airlines dan Pegasus tersekat di Lapangan Terbang Imam Khomeini, Tehran berikutan pembatalan.

Uraloglu dalam kenyataan berkata, semua penerbangan ke Iran, Iraq, Syria, Lubnan dan Jordan dibatalkan hingga Jumaat (6 Mac) berikutan konflik yang semakin meluas di Iran.

Penerbangan ke Qatar, Kuwait, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dibatalkan hingga Selasa (3 Mac), katanya, sambil menambah bahawa pembatalan mungkin dilanjutkan lagi bergantung kepada penilaian risiko harian.

Bagaimanapun, penerbangan ke Riyadh, Jeddah dan Madinah akan diteruskan pada Isnin, katanya.

Paparan di Lapangan Terbang Istanbul menunjukkan penerbangan ke beberapa destinasi Timur Tengah telah dibatalkan.

Sebuah pesawat Turkish Airlines dan sebuah pesawat Pegasus Airlines dilaporkan tersekat di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Tehran, kata Uraloglu. – REUTERS