
SEGAMAT, 27 September – Agensi Kawalan dan Penguatkuasaan Sempadan (AKPS) merekodkan rampasan bernilai lebih RM265 juta sepanjang tahun ini, meningkat tiga kali ganda berbanding kira-kira RM80 juta pada tahun lalu.
- Rampasan melibatkan kes berkaitan dadah dan sisa elektrik dan elektronik.
- AKPS diberi tanggungjawab menyelaras saringan di Lapangan Terbang KLIA 1 dan 2 selepas juruterbang ditahan di Indonesia.
- Hampir setiap hari atau setiap minggu menahan penyeludup bunga ganja keluar negara, kebanyakan bukan warga negara Malaysia.
- AKPS mengkoordinasi saringan sempadan secara bersasar, menyelaras risikan dan tugasan unit K-9 di lapangan terbang.
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, rampasan itu antaranya melibatkan kes berkaitan dadah dan sisa elektrik dan elektronik (e-waste).
“Selepas kejadian tempoh hari, juruterbang ditahan di Indonesia, AKPS telah diberikan tanggungjawab untuk menyelaras saringan di Lapangan Terbang KLIA 1 dan 2.
“Sebenarnya hampir setiap hari kita ada menahan, atau setiap minggu menahan mereka yang cuba menyeludup bunga ganja keluar daripada negara dan kebanyakan mereka bukannlah warga negara Malaysia”, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai AKPS Siri 1/2026 di Segamat.
AKPS diberi tanggungjawab mengkoordinasi semua saringan di sempadan secara bersasar, menyelaras perihal risikan, serta menyelaras tugasan unit K-9 di lapangan terbang.