Sekatan maritim terhadap Iran: AS ubah haluan 103 kapal komersial

Foto REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 16 September – Sekatan maritim Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran telah mengubah haluan 103 kapal komersial, menurut Pusat Pemerintahan Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • CENTCOM memaklumkan angka terbaharu menerusi hantaran di platform X.
  • Helikopter MH-60 Sea Hawk berlepas dari dek USS Rafael Peralta (DDG 115) ketika menguatkuasakan sekatan di Laut Arab.
  • Selepas rundingan gagal awal tahun ini, AS menyekat Selat Hormuz sebagai langkah tegas terhadap Iran.
  • Selat Hormuz mengendalikan kira-kira satu perempat perdagangan minyak global melalui laut serta banyak penghantaran LNG dan baja.

CENTCOM mengumumkan angka terbaharu itu menerusi satu hantaran di platform X, sambil memaklumkan bahawa sebuah helikopter MH-60 Sea Hawk berlepas dari dek penerbangan USS Rafael Peralta (DDG 115) ketika kapal berkenaan menguatkuasakan sekatan AS terhadap Iran di Laut Arab.

Selepas rundingan dengan Iran gagal mencapai sebarang kesepakatan pada awal tahun ini, AS mula mengambil langkah drastik terhadap Iran dengan menyekat Selat Hormuz; antara laluan maritim paling kritikal di dunia.

Selat berkenaan menjadi laluan bagi kira-kira satu perempat daripada perdagangan minyak global melalui laut, selain mengendalikan jumlah besar gas asli cecair (LNG) dan baja.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.