
SHREVEPORT, 20 April – Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif insiden tembakan di sebuah kediaman di Shreveport, Louisiana, yang berakhir dengan suspek ditembak mati selepas kejaran kenderaan.
- Siasatan fokus kepada keganasan domestik yang dipercayai menjadi punca kejadian.
- Kawasan perumahan dikawal rapi; rumah menunjukkan kesan darah pada pintu dan forensik giat dijalankan.
- Lapan kanak-kanak berusia satu hingga 14 tahun terbunuh; suspek ditembak mati selepas dipintas polis.
Menurut jurucakap Shreveport Police Department, Christopher Bordelon, pihaknya kini memberi tumpuan kepada aspek keganasan domestik yang dipercayai menjadi punca kejadian.
Kawasan perumahan yang lazimnya tenang itu kini dikawal rapi, dengan rumah terbabit menunjukkan kesan darah pada pintu, manakala siasatan forensik giat dijalankan.
Wakil Negeri Louisiana, Tammy Phelps menyifatkan kejadian tersebut sebagai antara tragedi paling menyayat hati pernah berlaku di bandar itu.
“Ini adalah sesuatu yang sukar dibayangkan, melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak dalam satu rumah,” katanya.
Dalam insiden pada Ahad itu, lapan kanak-kanak berusia antara satu hingga 14 tahun dilaporkan terbunuh selepas suspek melepaskan tembakan di dalam rumah berkenaan sebelum melarikan diri.
Namun berjaya dipintas polis dan ditembak mati.-REUTERS