
NEW JERSEY, 19 Julai – Kawalan keselamatan di Stadium MetLife diperketat ke tahap tertinggi menjelang perlawanan akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dengan Argentina.
- Kehadiran Presiden AS dijangka mendorong langkah keselamatan tambahan menjelang perlawanan akhir.
- Perkhidmatan Rahsia AS serta agensi persekutuan, negeri dan tempatan menjalankan pemeriksaan ketat di pintu masuk dan kawasan sekitar.
- Harga tiket jualan semula melambung AS$7,000 hingga AS$55,000; penyokong menggesa harga lebih berpatutan dan mengharapkan mutu perlawanan setimpal.
Langkah itu dilaksanakan berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka hadir menyaksikan perlawanan di stadium berkapasiti 82,500 penonton itu.
Pasukan perkhidmatan Rahsia AS bersama anggota keselamatan persekutuan, negeri dan tempatan menjalankan pemeriksaan ketat di pintu masuk serta kawasan sekitar stadium.
Selain kawalan keselamatan, penyokong turut berdepan kos pengangkutan dan harga tiket yang tinggi.
Harga tiket jualan semula mencecah antara AS$7,000 hingga AS$55,000 bergantung pada lokasi tempat duduk.
Seorang penyokong dari Honduras, Edgar, berpendapat penganjur sepatutnya menawarkan harga tiket lebih berpatutan kepada penyokong.
Penyokong dari Belanda, Noah Timpers, pula berharap mutu perlawanan akhir itu sepadan dengan harga tiket yang tinggi dan mampu memenuhi jangkaan peminat. -REUTERS