Sasaran emas sebagai KPI diharap suntik semangat baharu atlet

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari (tengah) / Foto BERNAMA

KUANTAN, 19 Julai – Penetapan pingat emas sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi atlet negara pada temasya sukan utama diharap menyuntik semangat baharu untuk mereka memperbaiki prestasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sasaran selaras Program Road to Gold bagi memburu pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.
  • Langkah berani dan progresif diambil sambil mendapatkan maklum balas daripada semua atlet.
  • Keputusan dibuat selepas perbincangan menyeluruh bersama Majlis Sukan Negara dan pihak berkaitan.
  • Setiap pingat dihargai tanpa mengira warna, namun emas dijadikan keutamaan untuk meningkatkan prestasi.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata sasaran itu menjadi penanda aras awal dalam usaha melonjakkan pencapaian atlet negara.

Jelasnya, langkah berkenaan selaras dengan aspirasi Program Road to Gold (RTG) untuk memburu pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.

“Sebab itu kita mengambil langkah yang berani dan progresif, selain mendapatkan maklum balas daripada semua atlet,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Liga Remaja Kebangsaan (LRK) 2026 di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang di sini hari ini.

Dr. Mohammed Taufiq berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan menyeluruh bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan pihak berkaitan.

Beliau bagaimanapun memaklumkan setiap pingat yang diraih atlet tetap dihargai tanpa mengira warnanya, namun sasaran emas perlu dijadikan keutamaan bagi meningkatkan prestasi sukan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.