Argentina sudah cipta sejarah yang tidak akan dilupakan – Messi

Foto Instagram Lionel Messi

NEW JERSEY, 19 Julai – Kapten Argentina, Lionel Messi berkata pasukannya telah mencipta sejarah yang akan terus dikenang tanpa mengira keputusan final Piala Dunia 2026 menentang Sepanyol.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencapaian Argentina tidak hanya diukur oleh kejuaraan tetapi keseluruhan perjalanan pasukan.
  • Messi mengucapkan terima kasih kepada setiap pemain, barisan kejurulatihan dan semua penyumbang.
  • Pasukan digambarkan sebagai sebuah keluarga yang bekerja bersama setiap hari.
  • Mereka berkongsi kehidupan harian, bangkit daripada detik sukar dan menikmati setiap langkah perjalanan.

Menerusi hantaran di media sosial, Messi berkata pencapaian Argentina bukan sekadar diukur menerusi kejuaraan, sebaliknya merangkumi keseluruhan perjalanan yang ditempuhi bersama pasukan.

“Apa juga yang berlaku pada perlawanan akhir, pasukan ini telah mencipta sejarah yang tidak akan dilupakan dan tidak mampu dipadamkan sesiapa. Ayuh Argentina,” katanya.

Messi turut merakamkan penghargaan kepada setiap pemain, barisan kejurulatihan dan semua pihak yang menyumbang kepada Argentina.

“Terima kasih kepada semua yang bekerja setiap hari untuk memastikan pasukan kebangsaan ini kekal sebagai sebuah keluarga.

“Kami berkongsi kehidupan seharian sebagai satu pasukan, bersaing bersama, bangkit ketika melalui detik sukar dan menikmati setiap langkah dalam perjalanan ini,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.