Lebih AS$5 bilion bantu pembinaan semula Gaza

Runtuhan bangunan akibat serangan Israel dibersihkan/ AFP

WASHINGTON, 18 Februari – Negara anggota Lembaga Keamanan akan mengumumkan komitmen melebihi AS$5 bilion bagi usaha pembinaan semula dan bantuan kemanusiaan di Gaza pada mesyuarat yang dijadual berlangsung Khamis (19 Februari).

RINGKASAN BERITA AI
  • Ahli Lembaga Keamanan mengumumkan komitmen lebih AS$5 bilion untuk pembinaan semula dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
  • Negara anggota berjanji menghantar ribuan anggota untuk pasukan penstabilan yang diberi mandat PBB.
  • Mesyuarat rasmi pertama diadakan di Institut Keamanan Donald J. Trump dengan delegasi lebih 20 negara hadir.
  • Penubuhan lembaga disokong resolusi Majlis Keselamatan PBB sebagai sebahagian pelan pentadbiran Trump.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi hantaran di platform Truth Social pada Ahad (15 Februari) memaklumkan, negara anggota turut berjanji mengerahkan ribuan anggota bagi menyertai pasukan penstabilan yang diberi mandat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), selain membantu pasukan polis tempatan di wilayah Palestin.

Pertemuan Khamis itu merupakan mesyuarat rasmi pertama kumpulan berkenaan dan akan diadakan di Institut Keamanan Donald J. Trump, yang baru-baru ini dinamakan semula Jabatan Negara AS sempena nama beliau.

Delegasi daripada lebih 20 negara, termasuk beberapa ketua negara, dijangka menghadiri mesyuarat tersebut.

Penubuhan lembaga berkenaan disokong menerusi resolusi Majlis Keselamatan PBB sebagai sebahagian daripada pelan pentadbiran Trump bagi menamatkan konflik wilayah antara Palestin dan Israel.- REUTERS