
TEHRAN, 18 April- Iran membuka semula sebahagian ruang udaranya pada Sabtu khususnya bagi penerbangan antarabangsa yang melintasi bahagian timur wilayah negara itu, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iran.
- Beberapa lapangan terbang mula beroperasi semula sejak pukul 7.00 pagi waktu tempatan.
- Laman penjejak penerbangan tiga jam selepas pengumuman masih belum merekodkan pesawat antarabangsa melintasi ruang udara Iran.
- Sebahagian penerbangan memilih laluan lencongan lebih jauh untuk mengelakkan kawasan berkenaan.
- Perincian dan laporan dikemukakan oleh agensi berita AFP.
Dalam kenyataan, pihak berkuasa itu memaklumkan bahawa laluan udara di bahagian timur kini dibenarkan untuk penerbangan transit antarabangsa, selain beberapa lapangan terbang turut beroperasi semula bermula pukul 7.00 pagi waktu tempatan.
“Laluan udara di bahagian timur ruang udara negara ini dibuka untuk penerbangan antarabangsa yang melalui Iran,” menurut kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, semakan lebih tiga jam selepas pengumuman itu mendapati laman penjejak penerbangan masih belum merekodkan sebarang pesawat antarabangsa melintasi ruang udara Iran dengan sebahagian penerbangan dilaporkan memilih laluan lencongan yang lebih jauh bagi mengelakkan kawasan berkenaan. -AFP