Korea Utara tingkat kesiapsiagaan nuklear, sedia berperang

Gambar yang diambil pada 4 Januari 2026 dan dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada 5 Januari 2026 menunjukkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menyelia latihan pelancaran peluru berpandu di Pyongyang/AFP

SEOUL, 5 Januari- Korea Utara menguji peluru berpandu hipersonik berteknologi tinggi dalam satu langkah yang didakwa bagi mempersiapkan pasukan nuklearnya untuk menghadapi peperangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kim Jong Un menyelia ujian hipersonik untuk melatih kesiapsiagaan pasukan nuklear negara.
  • Peluru berpandu hipersonik mampu kelajuan lebih lima kali bunyi dan mengubah arah semasa penerbangan.
  • Ujian didakwa didorong oleh "krisis geopolitik terkini" berkaitan perkembangan antarabangsa.
  • Seoul dan Tokyo mengesan pelancaran dua peluru berpandu balistik dari kawasan berhampiran Pyongyang.
  • Ujian pertama tahun ini berlaku sebelum lawatan Presiden Korea Selatan ke Beijing untuk sidang kemuncak.

Ujian itu diselia sendiri oleh pemimpin negara berkenaan, Kim Jong Un, menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Isnin.

Peluru berpandu hipersonik bergerak pada kelajuan melebihi lima kali ganda kelajuan bunyi dan mampu mengubah arah ketika penerbangan, menjadikannya lebih sukar dikesan serta dipintas.

Pyongyang menyatakan ujian yang dijalankan pada Ahad itu didorong oleh “krisis geopolitik terkini”, merujuk perkembangan antarabangsa melibatkan sekutu politiknya, Venezuela

Seoul dan Tokyo memaklumkan mereka mengesan pelancaran dua peluru berpandu balistik dari kawasan berhampiran Pyongyang pada hari sama.

Ujian berkenaan merupakan pertama dilakukan Korea Utara tahun ini dan berlaku beberapa jam sebelum Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, berlepas ke Beijing bagi menghadiri sidang kemuncak. -AFP