
WASHINGTON, 21 Jun – Amerika Syarikat (AS) bakal mengenakan bayaran di perairan Selat Hormuz, sekiranya para perunding gagal memuktamadkan perjanjian damai bagi menamatkan perang di Iran.
- Trump melalui Truth Social mengugut tindakan untuk mendapatkan semula kos yang ditanggung sebelum ini dan akan datang.
- Beliau menyatakan tiada caj laluan oleh atau untuk Amerika kecuali perjanjian gagal; bayaran akan dikenakan selepas 60 hari.
- Markas Pusat Khatam al-Anbiya Iran umum tutup laluan atas dakwaan pelanggaran oleh Washington dan pencabulan gencatan senjata Israel di Lubnan; CENTCOM menafikan.
Menerusi hantaran di akaun Truth Social, Presiden Donald Trump mengugut akan berbuat demikian bagi tujuan mendapatkan semula kos yang telah ditanggung sebelum ini dan akan datang.
Menurutnya, tiada caj laluan akan dikenakan oleh dan untuk Amerika, kecuali jika perjanjian itu gagal, dimeterai. Jika tidak berjaya dimuktamadkan, bayaran akan dikenakan selepas tempoh 60 hari,”katanya.
Ugutan berkenaan, berikutan pengumuman Markas Pusat Khatam al-Anbiya Iran menyatakan laluan perairan itu bakal ditutup susulan dakwaan pelanggaran komitmen oleh Washington dan pencabulan gencatan senjata oleh Israel di Lubnan.
Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM), bagaimanapun menolak dakwaan berkenaan dengan menegaskan pasukan AS kekal “berwaspada” bagi memastikan semua aspek perjanjian dipatuhi, dengan memaklumkan trafik maritim berjalan seperti biasa.-AFP