
BEIRUT, 16 Mac – Jumlah korban akibat serangan berterusan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 850 orang sejak 2 Mac lalu.
- Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan 66 wanita, 107 kanak-kanak, 32 petugas perubatan; 2,105 orang dilaporkan cedera.
- Menteri Luar Israel Gideon Saar berkata Israel tidak berhasrat mengadakan rundingan langsung dengan kerajaan Lubnan dalam masa terdekat.
- Kenyataan Saar bercanggah dengan laporan Haaretz yang menyatakan wakil Israel dan Lubnan dijangka bertemu bagi rundingan susulan.
- Ketegangan di Asia Barat meningkat selepas serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran mencetuskan balasan Iran dan sekutunya termasuk Hizbullah.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, angka itu termasuk 66 wanita, 107 kanak kanak dan 32 petugas perubatan, manakala seramai 2,105 orang lagi dilaporkan cedera dalam tempoh sama.
Sementara itu, Menteri Luar Israel, Gideon Saar berkata Israel tidak berhasrat mengadakan rundingan secara langsung dengan kerajaan Lubnan dalam masa terdekat.
Namun, kenyataan itu bercanggah dengan laporan akhbar Haaretz yang menyatakan wakil Israel dan Lubnan dijangka bertemu dalam masa terdekat bagi mengadakan rundingan susulan peningkatan pertempuran antara Israel dan Hizbullah.
Ketegangan di rantau Asia Barat terus memuncak selepas serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari mencetuskan serangan balas daripada Iran serta kumpulan sekutunya, termasuk Hizbullah.
Laporan Haaretz turut menyatakan rundingan antara Israel dan Lubnan berkemungkinan diadakan di Cyprus atau Paris dengan penglibatan Amerika Syarikat. – REUTERS