Konflik Asia Barat : AS sedang berunding dengan Iran

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump/ AFP

WASHINGTON, 8 Mei – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaklumkan Washington sedang mengadakan rundingan dengan Iran susulan inisiden serangan terbaharu antara kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gencatan senjata masih berkuat kuasa; Trump memandang remeh insiden berbalas tembakan di Selat Hormuz.
  • Kami telah membalas dengan kuat, kata Trump selepas menyifatkan Iran cuba menguji Amerika hari itu.
  • Iran tidak akan dibenarkan memiliki senjata nuklear; rundingan mungkin gagal atau boleh tercapai bila-bila masa, kata Trump.

Trump berkata gencatan senjata dengan Iran masih berkuat kuasa, sambil memandang remeh insiden berbalas tembakan antara tentera Amerika Syarikat dan Iran di Selat Hormuz.

“(Mereka) cuba menguji kami hari ini. Kami telah membalas dengan kuat,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kerja pengubahsuaian kolam pemantul di Memorial Lincoln di Washington.

Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa Iran tidak akan dibenarkan memiliki senjata nuklear.

“Tiada peluang langsung. Mereka tahu perkara itu dan telah bersetuju. Kita tunggu sama ada mereka bersedia menandatangani perjanjian,” katanya.

Ketika ditanya sejauh mana rundingan tersebut hampir mencapai persetujuan, Trump berkata perjanjian itu mungkin tidak tercapai, namun berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa.

“Ia mungkin tidak berlaku, tetapi juga boleh berlaku pada bila-bila masa. Saya percaya mereka lebih mahu membuat perjanjian berbanding saya,” katanya.-REUTERS