
NEW YORK, 8 Ogos – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengesahkan peningkatan sembilan peratus kemusnahan struktur bangunan di Gaza sejak gencatan senjata pada Oktober 2025, manakala 82 peratus kerosakan dikesan sejak Oktober 2023.
- Lebih daripada 200,000 bangunan rosak; dua pertiga musnah sepenuhnya.
- Kerosakan terus berlaku walaupun serangan berada pada tahap lebih rendah.
- Kemasukan bantuan meningkat 33% pada Julai; bantuan makanan kira-kira 60%.
- Sekatan minyak dan alat ganti mengancam operasi hospital; sekatan mengehadkan bahan binaan bagi pembinaan semula kediaman.
Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq memaklumkan lebih daripada 200,000 bangunan mengalami kerosakan dengan dua pertiga daripadanya musnah sepenuhnya.
“Walaupun dalam ‘tempoh serangan yang lebih rendah’, namun kerosakan serta kemusnahan sebahagian bangunan masih tetap berlaku.
“Bagaimanapun, jumlah bantuan yang memasuki Gaza meningkat sebanyak 33 peratus pada Julai berbanding bulan sebelumnya. Bantuan makanan melibatkan sekitar 60 peratus,”katanya.
PBB turut mengakui sekatan terhadap bekalan minyak dan alat ganti boleh mengakibatkan hospital antaranya terpaksa mengurangkan atau
menghentikan operasi.
Operasi ketenteraan oleh rejim Zionis telah mengakibatkan kebanyakan daripada 2.1 juta penduduk Gaza masih kehilangan tempat tinggal dan hidup dalam keadaan serba kekurangan, malah sekatan turut mengehadkan penghantaraan bahan binaan bagi membina semula kediaman.-REUTERS