10 maut, Houthi serang kem tentera, penempatan pelarian

Lebih 10 peluru berpandu dan tujuh dron dilancarkan menyasarkan kem tentera dan penempatan pelarian / Foto AFP

MARIB, 8 Ogos – Sekurang-kurangnya 10 nyawa terkorban dalam serangan Houthi di wilayah ini yang menyasarkan kem Sahn al-Jinn, pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 10 peluru berpandu dan tujuh dron dilancarkan menyasarkan kem tentera dan penempatan pelarian.
  • Serangan juga mengenai kawasan perumahan dan kem penempatan pelarian, menyebabkan kematian orang awam menurut laporan awal.
  • Kumpulan Houthi mengaku bertanggungjawab; keganasan itu membangkitkan kebimbangan perang boleh tercetus selepas gencatan senjata 2022.

Sumber tentera Yaman memaklumkan serangan telah mengorbankan lapan anggota keselamatan dan dua orang awam, manakala hampir 30 yang lain dilaporkan cedera.

“Lebih 10 peluru berpandu dan tujuh dron telah dilancarkan dengan menyasarkan kem-kem tentera di wilayah Marib,”kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Qasim Buhaibeh menerusi hantaran di X pula memaklumkan, serangan yang dilancarkan kumpulan Houthi turut menyasarkan kawasan perumahan dan kem penempatan pelarian yang mengakibatkan dua orang awam terbunuh berdasarkan laporan awal.

Kumpulan Houthi mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Keganasan terbaharu itu menimbulkan kebimbangan bahawa kemungkinan perang akan tercetus selepas gencatan senjata pada 2022.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.