
SARAJEVO, 24 Januari – Penduduk Sarajevo dikejutkan dengan keadaan bandar yang diselubungi kabut tebal dan asap pada Jumaat, sekali gus menjejaskan lebih suku juta penduduk di bandar yang dikelilingi lembah curam itu.
- IQAir Switzerland meletakkan Sarajevo sebagai bandar kedua paling tercemar dunia kerana pencemaran zarah halus berbahaya.
- Pihak berkuasa akan perketat pemeriksaan pemanasan rumah, pembersihan jalan dan kurangkan operasi industri.
- Langkah termasuk larangan kenderaan dan penyesuaian jadual sekolah untuk lindungi kesihatan penduduk.
Firma pemantau kualiti udara dari Switzerland, IQAir meletakkan Sarajevo sebagai bandar kedua paling tercemar di dunia pada hari berkenaan.
Indeks kualiti udara (AQI) menunjukkan tahap pencemaran di bandar itu berada pada kategori “sangat tidak sihat”, terutama disebabkan zarah halus yang berbahaya.
Pihak berkuasa Sarajevo berkata mereka akan meningkatkan pemeriksaan terhadap sistem pemanasan rumah, kerja pembersihan jalan, mengurangkan operasi industri serta menyesuaikan jadual sekolah supaya lebih banyak aktiviti dijalankan di dalam bangunan sehingga kualiti udara bertambah baik.
Pada Disember lalu, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kualiti udara dan mengenakan larangan terhadap beberapa kenderaan selepas Sarajevo menduduki tempat sebagai bandar paling tercemar di dunia pada dua malam berturut-turut menurut IQAir. -REUTERS