
KUALA LUMPUR, 16 Jun – Pengilang-pengilang tempatan disaran meningkatkan kecekapan operasi melalui automasi, penggunaan teknologi baharu serta pendigitalan sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan bekalan dalam jangka panjang.
- Tingkatkan produktiviti untuk menghasilkan lebih banyak dengan tenaga kerja sedia ada dan kurangkan kos seunit pengeluaran.
- Perkukuhkan perniagaan untuk mengekalkan daya saing ketika berdepan ketidaktentuan rantaian bekalan global.
- Ambil inisiatif memastikan pengeluaran lebih efisien termasuk perbincangan semula bersama pengilang bagi operasi berdaya saing.
- Jalin perbincangan erat dengan syarikat logistik untuk menguruskan impak peningkatan kos pengangkutan.
Naib Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Datuk Noraini Soltan berpandangan langkah berkenaan berupaya membantu syarikat meningkatkan produktiviti dengan menghasilkan lebih banyak produk menerusi tenaga kerja sedia ada, sekali gus mengurangkan kos seunit pengeluaran.
“Menerusi strategi itu juga pengilang-pengilang tempatan diyakini dapat memperkukuhkan perniagaan masing-masing ketika berdepan ketidaktentuan rantaian bekalan global.
“Ketika ini, syarikat-syarikat lebih peka untuk mengambil inisiatif dalam memastikan pengeluaran yang lebih efisien termasuk melaksanakan perbincangan semula bersama pengilang-pengilang bagi memastikan operasi perniagaan terus berdaya saing,”katanya selepas menjadi tetamu program Biz Malaysia.
Dalam masa sama, perbincangan bersama syarikat logistik juga diberi tumpuan susulan peningkatan kos pengangkutan.