Polis Chile tahan lelaki disyaki cetus kebakaran hutan Bio Bio

Seorang anggota bomba berusaha memadam kebakaran hutan di kawasan kejiranan Concepcion, wilayah Bio Bio, Chile/ REUTERS

BIO BIO, 24 Januari – Polis Chile menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang disyaki sengaja mencetuskan kebakaran hutan di kawasan kejiranan Concepcion, wilayah Bio Bio.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis Chile menahan lelaki 39 tahun disyaki sengaja mencetuskan kebakaran hutan di Concepcion, wilayah Bio Bio.
  • Penahanan dibuat selepas Mahkamah Concepcion mengeluarkan arahan lisan terhadap suspek.
  • Pihak polis dan komuniti giat melakukan pembersihan serta mengalihkan sisa runtuhan di kawasan musnah.

Ketua Polis Bio Bio, Claudia Chamorro berkata tangkapan dibuat pada Khamis selepas Mahkamah Concepcion mengeluarkan arahan lisan terhadap suspek.

Menurutnya, pihak polis bersama komuniti setempat kini giat menjalankan kerja pembersihan serta mengalihkan sisa runtuhan di kawasan yang musnah akibat kebakaran.

Kebakaran hutan berkenaan dilaporkan meragut sekurang-kurangnya 21 nyawa di seluruh Chile, menurut kenyataan kerajaan yang dimuat naik di media sosial. -REUTERS