Venezuela bebaskan 625 tahanan politik

Foto AFP

CARACAS, 24 Januari -Kira-kira 625 tahanan politik di Venezuela dibebaskan sejak Disember tahun lalu, menurut Presiden sementara Venezuela, Delcy Rodriguez, pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden sementara Delcy Rodriguez mengumumkan 625 tahanan politik dibebaskan sejak Disember lalu.
  • Pembebasan berlaku secara berperingkat dan dalam jumlah kecil, menolak jangkaan pembebasan besar-besaran.
  • Foro Penal mengesahkan hanya 155 pembebasan dan menganggarkan lebih 700 masih ditahan.

Pengumuman tersebut, yang dipuji Washington, mencetuskan jangkaan pembebasan secara besar-besaran.

Namun, pembebasan setakat ini berlaku secara berperingkat dan dalam jumlah kecil.

Rodriguez berkata beliau akan meminta Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengesahkan angka tersebut.

Bagaimanapun, Foro Penal, sebuah pertubuhan hak asasi manusia terkemuka Venezuela, berkata pihaknya hanya mengesahkan pembebasan 155 tahanan politik dan kebanyakannya selepas kejatuhan Maduro dengan menganggarkan lebih 700 individu masih ditahan.

Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas pemimpin sosialis Nicolas Maduro digulingkan dalam serangan pengeboman Amerika Syarikat ke atas Caracas pada 3 Januari lalu.

Susulan kejadian itu, kerajaan berikrar untuk membebaskan “sebilangan besar” daripada ratusan penentang Maduro yang dipenjarakan. – AFP