
SELATAN LUBNAN, 15 April– Asap tebal menyelubungi ruang udara selatan Lubnan pada Rabu susulan siri letupan kuat dan berbalas tembakan yang menandakan pertempuran antara Israel dan Hizbullah masih belum menunjukkan tanda akan reda.
- Serangan Israel sejak 2 Mac menyebabkan lebih 2,000 maut dan memaksa 1.2 juta penduduk Lubnan kehilangan tempat tinggal.
- Walaupun AS menganjurkan rundingan pertama dalam puluhan tahun, Israel menolak membincangkan gencatan senjata dalam pertemuan itu.
- Ketegangan sempadan kekal, serangan Israel diteruskan walaupun gesaan Trump untuk kurangkan serangan, krisis kemanusiaan semakin parah.
Serangan Israel terhadap Hizbullah sejak 2 Mac telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dan memaksa 1.2 juta penduduk Lubnan hilang tempat tinggal.
Walaupun Amerika Syarikat (AS) menganjurkan rundingan terus pertama antara Israel dan Lubnan dalam tempoh puluhan tahun pada Selasa lalu, Israel dilaporkan tetap enggan membincangkan soal gencatan senjata dalam pertemuan itu.
Tindakan Israel untuk meneruskan serangan berskala besar itu tetap berlaku meskipun Presiden AS, Donald Trump telah menggesa agar serangan di Lubnan dikurangkan bagi mengelakkan kerosakan terhadap perjanjian gencatan senjata yang sedang berlangsung dengan Iran.
Situasi di sempadan kini kekal meruncing dengan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin parah di rantau tersebut. -REUTERS