
KAHRAMANMARAS, 15 April– Sekurang-kurangnya empat individu, termasuk tiga murid dan seorang guru maut manakala 20 lagi cedera selepas seorang pelajar remaja melepaskan tembakan rambang di sebuah sekolah menengah di tenggara Turkiye pada Rabu.
- Suspek, pelajar gred lapan, dipercayai membunuh diri di tempat kejadian selepas melakukan serangan.
- Suspek dipercayai membawa lima senjata dan tujuh kelopak peluru milik bapanya, bekas pegawai polis.
- Pelajar berusia 13 atau 14 tahun menceroboh dua bilik darjah gred lima dan melepaskan tembakan terhadap kanak-kanak berusia 10 hingga 11 tahun.
Insiden berdarah yang berlaku di wilayah Kahramanmaras itu merupakan serangan sekolah kedua yang menggegarkan negara itu dalam tempoh dua hari.
Gabenor Mukerrem Unluer mengesahkan bahawa suspek, seorang pelajar gred lapan, turut membunuh diri di lokasi kejadian selepas melakukan serangan kejam tersebut.
Menurut pihak berkuasa, suspek dipercayai membawa lima pucuk senjata dan tujuh kelopak peluru milik bapanya yang merupakan seorang bekas pegawai polis.
Pelajar berusia 13 atau 14 tahun itu menceroboh dua bilik darjah gred lima dan melepaskan tembakan tanpa mengira mangsa terhadap kanak-kanak berusia antara 10 hingga 11 tahun.
Daripada 20 mangsa yang cedera, empat daripadanya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menjalani pembedahan kecemasan.
Tragedi itu berlaku hanya sehari selepas seorang bekas pelajar melepaskan tembakan di wilayah Sanliurfa yang mencederakan 16 orang.
Kejadian tembakan di sekolah dianggap sangat jarang berlaku di Turkiye, namun dua serangan berturut-turut itu telah mencetuskan kebimbangan nasiona mengenai keselamatan di sekolah dan kawalan senjata api. -REUTERS