Filipina dakwa kapal Pengawal Pantai China tembak meriam air ke arah kapal milik kerajaan

Pengawal Pantai China melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal kerajaan Filipina / Foto REUTERS

MANILA, 24 Julai – Pengawal Pantai Filipina mendakwa kapal Pengawal Pantai China sekali lagi melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal kerajaan Filipina berhampiran Beting Scarborough pada Jumaat, sehari selepas insiden sama dilaporkan berlaku di kawasan pertikaian itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan itu merupakan konfrontasi ketiga antara kedua negara minggu ini di Laut China Selatan.
  • Kapal China dihampiri bot perikanan Filipina kira-kira tujuh meter di Beting Scarborough dalam ZEE Filipina, mencetuskan risiko perlanggaran serius.
  • Rakaman dikeluarkan didakwa menunjukkan tembakan meriam air; Isnin lalu seorang anggota laut Filipina cedera selepas dipukul belantan.

Menurut Pengawal Pantai Filipina, tindakan itu merupakan konfrontasi ketiga antara kedua-dua negara di Laut China Selatan, minggu ini.

Agensi itu mendakwa sebuah kapal Pengawal Pantai China menghampiri sebuah bot perikanan Filipina sehingga jarak kira-kira tujuh meter di Beting Scarborough yang terletak dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Filipina, sekali gus mewujudkan risiko perlanggaran yang serius.

Pengawal Pantai Filipina turut mengeluarkan rakaman video yang didakwa menunjukkan sebuah kapal Pengawal Pantai China melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal Filipina.

Pada Khamis, satu insiden serupa turut dilaporkan berlaku di kawasan sama.

Konfrontasi di Beting Scarborough itu berlaku susulan satu lagi insiden pada Isnin di Beting Thomas Kedua, kira-kira 650 kilometer dari lokasi berkenaan.

Dalam kejadian itu, Manila mendakwa seorang anggota tentera laut Filipina cedera selepas dipukul menggunakan belantan oleh anggota Pengawal Pantai China ketika kedua-dua pihak berdepan di kawasan pertikaian berkenaan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.