Larangan guna Waze demi lindungi maklumat kerajaan, data pengguna

Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Waze Mobile Ltd beroperasi di bawah undang-undang Israel, menjadikan statusnya sebagai pengawal data pengguna satu kebimbangan keselamatan.
  • Maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat oleh rejim Israel yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
  • Perdana Menteri menyarankan rakyat berhenti guna Waze dan beralih kepada aplikasi tempatan seperti TuJu; Kerajaan MADANI bertegas menutup ruang ancaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. sebagai pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

“Maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu.

Saranan itu dibuat dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan aplikasi berkenaan.

“Pendirian Kerajaan MADANI adalah tegas dan kita akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.