Dua maut, empat cedera di Kiev dalam serangan Rusia

Foto AFP

KIEV, 30 September – Dua orang maut manakala, empat lagi cedera dalam serangan peluru berpandu dan dron Rusia ke atas ibu negara Kiev pada awal Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan peluru berpandu dan dron ke atas Kyiv selepas amaran ancaman peluru berpandu balistik oleh tentera udara Ukraine.
  • Puluhan letupan kedengaran di sekitar bandar dan berlaku gangguan terhadap pengagihan bekalan elektrik.
  • Serangan mencetuskan kebakaran dan menyebabkan kerosakan di beberapa lokasi; pasukan kecemasan dikerahkan untuk memadam.
  • Rusia menggunakan dron berkuasa jet generasi baharu yang lebih pantas dan sukar dipintas berbanding model tradisional.

Menurut pihak berkuasa, serangan berlaku selepas tentera udara Ukraine mengeluarkan amaran mengenai ancaman peluru berpandu balistik dari Rusia.

Wartawan AFP di lokasi kejadian melaporkan, kedengaran puluhan letupan di sekitar bandar selain, berlaku gangguan terhadap pengagihan bekalan elektrik.

Pentadbiran tentera bandaraya Kyiv mengesahkan, dua kematian dan empat lagi cedera akibat serangan tersebut.

Selain itu, serangan turut mencetuskan kebakaran dan menyebabkan kerosakan di beberapa lokasi di Kiev serta kawasan sekitarnya.

Ketua Pentadbiran Tentera Wilayah Kiev, Tymur Tkachenko berkata, wilayah itu sekali lagi menjadi sasaran serangan peluru berpandu dan dron.

Pasukan kecemasan dikerahkan untuk memadam kebakaran di rumah kediaman, gudang, bangunan komersial dan beberapa lokasi lain.

Rusia turut dilaporkan menggunakan dron berkuasa jet generasi baharu yang bergerak lebih pantas dan lebih sukar dipintas, berbanding model tradisional.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.