Warga emas maut motosikal terbabas

Mayat mangsa ditemukan kira-kira petang semalam

KUANTAN, 30 September – Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Kuantan-Maran, berhampiran Gambang, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa, Ng Chee Choy, 75, ditemukan orang awam tertiarap bersama motosikal kira-kira pukul 6.30 petang.
  • Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
  • Pemeriksaan awal polis menemui tiada unsur jenayah berkaitan kejadian.
  • Mayat dibawa ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa, Ng Chee Choy, 75, ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap di dalam longkang bersama motosikalnya kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Gambang.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan ketika bergerak lurus sebelum terbabas ke bahagian kiri jalan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemeriksaan awal polis juga mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kejadian itu.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.