Kawal selia kendiri penting dalam pembangunan pesat AI – Trump

Presiden AS, Donald Trump menghimpunkan ketua-ketua syarikat AI di White House / Foto AFP

WASHINGTON, 30 September – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan kepentingan kawal selia kendiri dalam pembangunan pesat kecerdasan buatan (AI).

RINGKASAN BERITA AI
  • Menghimpunkan ketua syarikat AI di White House untuk membincangkan hala tuju pembangunan teknologi
  • Mengumumkan hasrat menamakan semula teknologi sebagai 'kecerdasan pintar' atau 'super intelligence' melalui perintah eksekutif
  • Pendirian pentadbiran: sekatan berlebihan terhadap AI boleh menjejaskan kedudukan AS dalam persaingan teknologi dengan China
  • Menegaskan keperluan AS untuk terus berada di hadapan sambil mengimbangi inovasi dan pembangunan teknologi yang bertanggungjawab

Trump menekankan perkara itu ketika beliau menghimpunkan ketua-ketua syarikat AI di White House bagi membincangkan hala tuju pembangunan teknologi berkenaan.

“Kawalan kendiri dalam pembangunan AI sangat penting,” katanya.

Pada masa sama, Trump turut mengumumkan untuk menamakan semula teknologi itu sebagai ‘kecerdasan pintar’ atau ‘super intelligence‘ melalui satu perintah eksekutif.

Sebelum ini, pentadbiran Trump mengambil pendirian bahawa sekatan berlebihan terhadap pembangunan AI boleh menjejaskan kedudukan AS dalam persaingan teknologi dengan China.

Beliau berkata keperluan AS untuk terus berada di hadapan dalam pembangunan AI khususnya ketika persaingan teknologi antara Washington dan Beijing semakin sengit.

Pertemuan di White House itu menghimpunkan ketua-ketua syarikat AI ketika kerajaan AS berdepan persoalan mengenai kaedah terbaik mengimbangi inovasi persaingan antarabangsa dan keperluan memastikan teknologi tersebut dibangunkan secara bertanggungjawab.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.