Ketua-ketua syarikat AI berikrar laksana kawal selia AI

Elon Musk antara ketua-ketua syarikat kecerdasan buatan (AI) yang hadir pertemuan dengan Presiden Donald Trump di White House / Foto RTM

WASHINGTON, 30 September – Ketua-ketua syarikat teknologi kecerdasan buatan (AI) termasuk Anthropic, Meta dan Google berikrar untuk memperkukuh langkah perlindungan dalam pembangunan AI.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dario Amodei berkata cara menangani risiko AI masih dalam perbincangan.
  • Elon Musk berkata AI akan mengubah landskap pekerjaan.
  • Trump berkata ketua syarikat menandatangani perjanjian kawal selia kendiri mengikat secara moral tetapi tiada kekuatan undang-undang.

Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic, Dario Amodei berkata kaedah terbaik bagi menangani risiko nyata AI masih dalam perbincangan.

“Teknologi AI mempunyai risiko nyata dan cara menanganinya masih dalam perbincangan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif xAI, Elon Musk , Elon Musk berkata kemajuan teknologi berkenaan akan memberi impak kepada landskap pekerjaan.

“AI akan membawa perubahan terhadap pekerjaan yang dijangka berubah seiring perkembangan AI,” katanya.

Amodei dan Musk berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House bagi membincangkan hala tuju AI.

Dalam pada itu, Trump berkata ketua-ketua syarikat AI yang hadir ke pertemuan berkenaan, menandantangani satu perjanjian bagi menyatakan komitmen mereka untuk melakukan kawal selia kendiri dalam pembangunan AI.

Komitmen itu katanya bersifat ‘mengikat dari segi moral’ tetapi tidak mempunyai kekuatan undang-undang.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.