Protes pelajar Perancis bertukar ganas, 440 ditahan

Foto AFP

PARIS, 30 September – Sekurang-kurangnya 440 orang ditahan selepas protes tunjuk perasaan pelajar sekolah menengah bertukar ganas di Perancis pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Protes menuntut pembaikan sekolah: jadual, saiz kelas, kekurangan guru dan bilik darjah terlalu panas.
  • Penunjuk perasaan membakar tong sampah serta membaling botol, batu dan objek lain ke arah polis.
  • Polis menggunakan cota dan gas pemedih mata; kira-kira 400 sekolah terjejas dan 10 orang dilaporkan cedera.

Protes tersebut diadakan bagi mendesak keadaan lebih baik di sekolah-sekolah.

Penunjuk perasaan bertindak membakar tong sampah, membaling botol dan batu serta objek lain ke arah pihak polis.

Pihak polis terpaksa menggunakan cota dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan bagi menyuraikan sekatan jalan akibat protes berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez berkata jumlah tangkapan seramai 440 masih belum dipastikan selain, kira-kira dua pertiga daripada tahanan itu dibawa ke tahanan polis.

“440 orang ditahan di seluruh negara. Kami belum mempunyai jumlah akhir,” katanya.

Menurut Kementerian Pendidikan Perancis, kira-kira 400 daripada 3,700 sekolah di seluruh negara terjejas akibat demonstrasi atau gangguan.

“Sebanyak 40 sekolah disekat sepenuhnya manakala, 44 lagi berdepan cubaan sekatan,” menurut kementerian itu.

Selain itu, seramai 10 orang dilaporkan cedera termasuk pelajar dan kakitangan sekolah.

Protes yang bermula di wilayah Ile-de-France sekitar Paris sejak minggu lalu itu kini merebak ke beberapa bandar lain.

Pelajar membantahh beberapa isu pentadbiran sekolah termasuk jadual persekolahan, saiz kelas, kekurangan guru serta bilik darjah yang terlalu panas ketika gelombang haba.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.